Cari:
Lawatan Wang Yang Dorong Hubungan China-Filipina
2017-03-22 14:42:07 CRI Cetak

Lawatan rasmi Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ke Filipina baru-baru ini telah membuahkan hasil.

Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, prasarana, pertanian dan pelancongan.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam berkata, lawatan berkenaan bukan sahaja telah mendorong perkembangan hubungan China-Filipina, malah bertujuan untuk melaksanakan persepakatan penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama pemimpin China ke Filipina selepas hubungan kedua-dua negara kembali jernih pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China