Seorang pegawai polis Thailand semalam memaklumkan kepada media tempatan bahawa bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berada di Britain pada masa ini.
Pihaknya telah meminta polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap ke atas Yingluck.
Yingluck disahkan telah meninggalkan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Britain, negara yang ada perjanjian ekstradisi dengan Thailand.