Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai semalam menyatakan, lokasi bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra belum dipastikan. Laporan dan dugaan tentang Yingluck tidak boleh disahkan.
Yingluck tidak muncul lagi setelah mahkamah agung membuat keputusan tentang kes pembelian beras.
Pihak berkuasa menafikan laporan tentang kerajaan telah mencapai perjanjian dengan Yingluck dan sengaja melepaskan beliau.
Parti Pheu Thai mengeluarkan kenyataan bahawa sebagai pemimpin yang penting bagi parti itu, Yingluck akan mengeluarkan kenyataan pada waktu yang tepat.