Menurut media Thailand semalam, sebuah mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra atas tuduhan keluar negara secara haram.
Ini merupakan waran tangkap ketiga yang dikeluarkan ke atas Yingluck setelah mahkamah mendapatinya bersalah berhubung kes subsidi beras dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Menurut polis Thailand, Yngluck telah meninggalkan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Britain. Satu permohonan supaya polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya telah dibuat.