Cari:
Sidang Pertukaran Sosiobudaya China-Indonesia
2017-11-29 11:17:04 CRI Cetak

Sidang ke-3 mekanisme pertukaran sosiobudaya peringkat naib perdana menteri China-Indonesia diadakan di Solo, Indonesia semalam.

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dan Menteri Pembangunan Manusia dan Hal-Ehwal Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani bersama-sama mempengerusikan sidang kali ini.

Liu Yandong berkata, sidang ini merupakan langkah penting bagi melaksanakan kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, serta inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Sejak dimulakan pada tahun 2015, skala mekanisme ini makin besar dan lingkungannya kian luas. Kedua-dua negara perlu memanfaatkan peranan mekanisme ini untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang agar menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib umat manusia.

Puan Maharani pula berkata, kerjasama antara Indonesia dengan China dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil ketara sejak mekanisme itu diwujudkan. Pihaknya berharap terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China