Cari:
Ciputra Sertai Persekutuan Teater Antarabangsa Laluan Sutera
2017-11-27 13:04:26 CRI Cetak

Pusat Kesenian Ciputra Indonesia telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan syarikat milik Kumpulan Kesenian dan Hiburan China (CAEG), untuk turut terlibat dalam Persekutuan Teater Antarabangsa Laluan Sutera.

Pegawai kanan CAEG, Li Jinsheng dalam upacara menurunkan tandatangan di Jakarta kelmarin berkata, Laluan Sutera bukan sekadar laluan perdagangan, tetapi juga laluan kebudayaan. Indonesia merupakan negara penting dalam Laluan Sutera Maritim abad ke-21.

Ciputra, pusat kesenian terkemuka di Indonesia, menjadi anggota ke-59 persekutuan tersebut yang berpangkalan di luar China.

Keanggotaannya akan memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China