Pasukan Tentera Filipina semalam mengumumkan bahawa pertempuran antara pihaknya dengan Tentera Rakyat Baharu (NPA) di bawah pimpinan Parti Komunis Filipina yang berlaku di Pulau Luzon kelmarin telah mengakibatkan 15 anggota NPA maut.
Komander pasukan tentera, Arnulfo Marcelo Burgos berkata, lima orang askarnya cedera dalam operasi tersebut.
Tentera Filipina sedang menjalankan operasi memburu dan membanteras kumpulan NPA.