Cari:
Rakyat Singapura Dinasihati Elak Lawatan ke Gaza
2017-12-10 15:02:37 CRI Cetak

Kerajaan Singapura menasihati rakyatnya supaya mengelak daripada melakukan semua perjalanan ke Gaza berikutan tercetusnya keganasan dan pertempuran susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.



"Perjalanan tidak perlu ke Tebing Barat, termasuk Baitul Laham, Jericho dan Ramallah, serta kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria perlu dielakkan," menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Singapura pada 9 Disember.



"Rakyat Singapura perlu sentiasa berwaspada di Baitulmuqaddis, terutamanya di Kota Lama dan Baitulmuqaddis Timur," menurut kenyataan itu.

- Sumber BERNAMA


Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China