Cari:
Li Keqiang: Bina LMC yang Lebih Cemerlang
2018-01-11 13:24:08 CRI Cetak

Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) Kedua diadakan di Phnom Penh, Kemboja petang semalam. Sidang itu dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen. Turut hadir Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, dan Naib Presiden Myanmar, U Myint Swe.

Li berkata, LMC merupakan mekanisme kerjasama subkawasan model baharu pertama yang dibina bersama-sama oleh enam negara di kawasan aliran sungai Lancang-Mekong. Mekanisme ini juga platform penting dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Dalam tempoh dua tahun sejak mekanisme ini dibentuk, LMC telah membuahkan hasil kerjasama yang di luar jangkaan.

Beliau menambah, LMC telah menjadi salah satu mekanisme kerjasama yang paling dinamik dan berhasil di rantau ini.

Li menyatakan bahawa negara-negara terlibat harus mempergiat kerjasama dalam empat bidang, iaitu kerjasama dalam sumber air, kerjasama kapasiti pengeluaran seperti kemudahan tali air, kerjasama pertanian, dan kerjasama tenaga insan.

Para pemimpin negara anggota LMC lain bersetuju dengan cadangan Li tersebut dan bersedia meningkatkan kerjasama bagi mewujudkan keamanan dan pembangunan mampan di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China