Cari:
Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Kemboja
2018-01-12 14:25:57 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen mengadakan rundingan di Phnom Penh pagi semalam. Li berkata, China bersedia mengambil peluang ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja tahun ini bagi membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

Menurutnya, China bersedia bersama-sama Kemboja mengeratkan pertukaran peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Di samping itu, China bersedia menyediakan bantuan kepada Kemboja untuk membantu mengembangkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat negara itu.

Li menambah, China bersedia mengeratkan penyelarasan dan komunikasi dengan Kemboja dalam mekanisme kerjasama Lancang-Mekong (LMC) dan rangka kerjasama China-ASEASN.

Hun Sen pula menyatakan, pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang pembinaan prasarana, pertanian, pelancongan dan kesejahteraan rakyat.

Li Keqiang dan Hun Sen turut menyaksikan penandatanganan 19 dokumen kerjasama kedua-dua negara selepas rundingan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China