Badan penyelesaian pertikaian (DSB) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengumumkan, Indonesia menang dalam kes antilambakan biodiesel Kesatuan Eropah (EU). Kemenangan kes kali ini turut memberikan harapan kepada pengeksport dan syarikat pengeluar biodiesel negara itu.
Menurut laporan media Indonesia, Menteri Perdagangan negara itu, Enggartiasto Lukita berkata, pasaran biodiesel Indonesia dijangka akan diperluas berikutan kemenangan kes antilambakan kali ini. Di samping itu, eksport biodiesel ke pasaran EU akan ditingkatkan.
Jumlah eksport biodiesel Indonesia ke EU diunjurkan akan mencatat USD386 juta menjelang tahun 2019 dan USD1.7 bilion menjelang tahun 2022.