Cari:
Luhut Minta Susi Hentikan Tenggelamkan Kapal Haram
2018-01-12 14:27:25 CRI Cetak

Menteri Penyelarasan Hal-Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan meminta Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti menghentikan tindakan menenggelamkan kapal nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Beliau menuntut Susi memberikan lebih tumpuan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran perikanan dan pendapatan nelayan.

Susi yang dikenali sebagai "menteri wanita yang bersifat keras" telah mengarahkan untuk menenggelamkan lebih 300 buah kapal nelayan asing termasuk dari Vietnam dan Thailand yang menangkap ikan secara haram di kawasan perairan Indonesia sejak tahun 2014.

Timbalan Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla menyataka, kapal nelayan tersebut boleh ditahan atau dilelong. Tindakan menenggelamkan kapal asing tersebut mesti dihentikan kerana ia akan menjejaskan hubungan Indonesia dengan negara-negara berkenaan.

Dalam pada itu, Susi menganggap bahawa keputusannya selaras dengan undang-undang Indonesia dan beliau menolak untuk memberikan ulasan berkaitan kenyataan Luhut dan Jusuf Kalla tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China