Enam negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand mencapai satu perjanjian kerjasama maklumat risikan di Bali, Indonesia baru-baru ini, bagi memperkasakan kerjasama pelbagai hala keselamatan serantau, dan menghadapi ancaman anggota kumpulan Negara Islam (IS) yang kembali ke rantau itu.
Sebelum ini, Malaysia, Indonesia dan Filipina telah menjalankan rondaan bersama di laut dan udara.
Menurut penganalisis, seiring dengan kegagalan IS, anggotanya yang kembali ke rantau Asia Tenggara turut memberikan ancaman terhadap keselamatan di rantau itu. Negara-negara di Asia Tenggara patut mempergiat kerjasama bagi menghadapi ancaman tersebut.
Menurut perjanjian kerjasama maklumat risikan "Our Eyes", pegawai pertahanan peringkat tinggi dari negara-negara terlibat akan mengadakan mesyuarat rutin dua minggu sekali, bertukar-tukar dan berkongsi maklumat risikan mengenai kumpulan militan, serta bersama-sama meneroka dan berkongsi pangkalan data mengenai pengganas dan ekstremis.