Jumlah pelancong China ke Kemboja dijangka mencatat 1.7 juta pada tahun ini, meningkat 40% berbanding 1.2 juta pada tahun lepas.
Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon semalam berkata, hubungan yang baik antara kedua-dua negara, destinasi yang menarik di Kemboja serta penerbangan langsung yang makin kerap, menyumbang kepada pertambahan besar jumlah pelancong dari China.
Sektor pelancongan merupakan salah satu tonggak bagi ekonomi Kemboja. Pada tahun lalu, seramai 5.6 juta pelancong asing berkunjung ke negara itu. Angka itu diunjurkan meningkat kepada 6.1 juta pada tahun ini.