Xi: Sejarah Parti, Buku Teks Paling Hidup

2021-12-29 16:19:09  CRI
Share with:

Parti Komunis China (PKC) mengumpul pengalaman sejarah yang tidak terhingga nilainya dalam perjalanan gemilang sejak ditubuhkan seratus tahun lalu.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran sejarah parti yang disertai anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC baru-baru ini.

Xi menyifatkan sejarah parti sebagai buku teks yang paling hidup dan menyakinkan.

Menurutnya, penelitian secara menyeluruh terhadap proses sejarah bermanfaat bagi mendalami hukum sejarah. Manakala, makin banyak kebijaksanaan diperoleh PKC daripada sejarah, makin tinggi kemampuannya menguasai masa depan.

Beliau berkata, perpaduan merupakan jiwa bagi PKC. Kepandaian menyepadukan seluruh parti dari segi pemikiran dan tindakan berdasarkan rumusan sejarah penting bagi memperoleh kejayaan. Dalam konteks ini, perpaduan dari segi politik antara yang paling diutamakan.

Beliau juga menegaskan bahawa PKC merupakan parti yang berasal, berakar dan berdedikasi untuk rakyat. Tiga resolusi penting yang dikeluarkan dalam sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC telah menekankan perlunya semua anggota PKC bersetia kepada misi asal dan mengekalkan hubungan erat dengan rakyat.