Modus Operandi AS Canang 'Teori Ancaman EV China'

2024-04-25 15:57:48  CRI
Share with:

Mutakhir ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pihaknya akan melancarkan siasatan terhadap kenderaan elektrik (EV) buatan China dengan dalih ia 'mengancam keselamatan negara'. 


Pony AI Inc. ialah sebuah syarikat perkhidmatan mobiliti pandu sendiri di China.


Pada Julai 2023, empat anggota Kongres AS dalam surat kepada Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo dan Setiausaha Pengangkutan Pete Buttigieg, mendakwa bahawa syarikat China berdaftar dan menjalankan ujian di California, negeri berpopulasi paling besar AS, dengan tujuan mengumpul lebih banyak data mengenai warga AS. 


Dalam surat tersebut, Pony AI Inc. disebut sebagai contoh kes mencuri data peribadi. 

Hakikinya, syarikat itu telah pun dilarang untuk mengembangkan sayap di pasaran AS seawal Mei 2022.


Perbuatan AS melemparkan tuduhan menyasar syarikat pengeluar automobil China hanya sekadar gembar-gembur dan ia sering berlaku.


Bekas Dekan Bersekutu Kanan Sekolah Perniagaan Harvard, Profesor John Quelch berkata kini hampir tiada jenama EV buatan China dapat dilihat di pasaran AS. 

"Disebabkan tarif tinggi dan sekatan lain, jumlah auto yang dieksport dari China ke AS hanya sedikit sahaja. Amaun itu boleh abai, jadi manakah wujudnya masalah pencurian data?" kata Quelch.


Padahal, AS cuba bertindak secara preventif susulan ancaman dirasakan syarikat tempatan. 


Senario serupa pernah berlaku secara berulang-ulang, seperti yang membabitkan syarikat gergasi Alstom dari Perancis pada 2014 dan Toshiba dari Jepun pada 1987. Meskipun merupakan sekutu AS, semuanya tidak lepas daripada ditimpa nasib yang sama.