Empat Kekeliruan dalam Dakwaan AS tentang “Kapasiti Industri yang Berlebihan”

2024-04-25 15:58:53  CRI
Share with:

Menjelang lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di China yang bermula pada Rabu, AS pernah mendedahkan bahawa Blinken akan memberikan perhatian yang tinggi tentang wujudnya masalah “kapasiti industri yang berlebihan” dalam sektor sumber tenaga boleh baharu (TBB) di China sepanjang tempoh lawatan kali ini. 

Suatu ketika sebelum itu, AS sering menggembar-gemburkan masalah “kapasiti industri yang berlebihan” dan menjadikannya sebagai alat baharu dalam “perang ekonomi dari segi keinsafan” terhadap China.


Terdapat sejumlah orang di AS yang mengaitkan kapasiti industri dengan perdagangan antarabangsa dan menganggap bertambahnya produk eksport mencerminkan kapasiti yang berlebihan dalam suatu industri . Dalam sistem ekonomi sejagat yang pembahagian kerja berada pada paras yang tinggi, pengeluaran dan permintaan tidak patut hanya dihadkan dalam sesebuah negara atau kawasan. Menurut praktis pelbagai negara, pengeluaran lebih tinggi berbanding permintaan di sesebuah industri adalah fenomena biasa dan eksport turut menjadi sangat wajar. Contohnya, sebanyak 80 peratus cip yang dihasilkan AS dan kenderaan dihasilkan Jerman adalah untuk dieksport. Jika sesebuah negara menjalankan pengeluaran hanya untuk pasaran sendiri, di manakah ada perdagangan antarabangsa?


Kapasiti industri TBB di persada dunia pada masa ini jauh lebih rendah berbanding permintaan pasaran, termasuk permintaan yang berpotensi besar dari negara-negara membangun. Sebagai pasaran TBB dan negara pengeluar kelengkapan TBB yang paling besar di dunia, China mempunyai kapasiti industri yang berspesifikasi tinggi yang bukan berlebihan, sebaliknya sangat diperlukan dunia.


Dominasi dan keunggulan China dalam bidang TBB bukan berpunca dari subsidi kerajaan, tetapi adalah berkat inovasi sektor korporat, rantai industri dan rantai bekalan yang lengkap, pasaran gergasi dan sumber manusia yang kaya. Mengapa sejumlah pakar ekonomi di AS seperti Janet L. Yellen sengaja menggembar-gemburkan apa yang disebut “kapasiti industri yang berlebihan di China"?  Menurut penganalisis, terdapat tiga kata kunci mengenai hal itu iaitu “kepentingan, undi dan hegemoni".


Menurut bekas Pengarah Jabatan Ekonomi dan Dasar Komersial London Britain, John Ross, AS khuatir bahawa akan terdapat semakin banyak produk buatan negaranya kehilangan kedudukan tinggi dalam rantai nilai dalam perdagangan antarabangsa. Pandangan ini menunjukkan kehendak AS dalam bidang ekonomi, iaitu menyekat pembangunan industri baharu China dan mewujudkan kedudukan persaingan yang lebih kondusif dan dominasi pasaran bagi negara sendiri.

AS menguar-uarkan dakwaa “kapasiti industri yang berlebihan di China” mutakhir ini hanyalah alasan untuk mengamalkan perlindungan perdagangan dan menjadikan isu itu sebagai alat untuk memperoleh undi dan mengaut laba politik.


AS berkali-kali menjadikan “kapasiti industri yang berlebihan” sebagai publisiti murahan justeru menunjukkan mentaliti "tolak campur" dan amalan hegemoninya yang sudah pun mengakar sejak sekian lama.


Sejumlah orang di AS patut menyedari bahawa menghalang produk tenaga baharu China yang mutu tinggi dan harga rendah memasuki pasarannya bukan sahaja merosakkan pengguna, tetapi juga menjejaskan transformasi hijau dan pembangunan industri baharu sejagat. Bertenaga untuk menfitnah, baiklah berusaha meningkatkan daya saing sendiri.