Mengapa Kapasiti Industri TBB China Diperlukan Dunia?

2024-04-26 15:55:16  CRI
Share with:


Amin Nasser sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, salah sebuah syarikat minyak yang terbesar di dunia, menyatakan dalam Persidangan Sumber Tenaga Dunia ke-26 baru-baru ini bahawa pembangunan industri tenaga boleh baharu (TBB) China kondusif bagi negara-negara Barat dalam memperjuangkan matlamat pelepasan karbon bersih-sifar dan memainkan peranan signifikan sepanjang transformasi penggunaan sumber tenaga dalam senario global.


Di sebalik dakwaan sesetengah orang AS yang menggembar-gemburkan bahawa pasaran global terjejas akibat "kapasiti industri yang berlebihan di China", kenyataan Amin Nasser itu merupakan keinsafan yang rasional dan objektif dalam masyarakat antarabangsa. Apa maknanya dibawa "kapasiti industri TBB China" kepada dunia? Lihatlah fakta berikutnya yang boleh dijadikan jawapan yang terbaik. 


Secara asasnya, pembangunan ekonomi adalah untuk menambahbaik hidup rakyat. Produk TBB yang menekankan sifat mesra alam, fungsi yang efisien dan keselesaan, yang kesemuanya merupakan permintaan pengguna dalam pasaran, masih dihantui pelbagai masalah seperti kos yang tinggi. Dengan adanya inovasi teknologi dan sistem rantaian perindustrian yang lengkap, China berjaya menyediakan penyelesaian yang mampu bayar kepada seluruh dunia, sekali gus mempopularkan penggunaan produk TBB.


Ambil kenderaan elektrik bateri (BEV) sebagai contoh. Terdapat satu analisis dari firma perunding pengurusan McKinsey yang berbunyi bahawa BEV buatan China berharga kira-kira 20% hingga 30% lebih murah daripada buatan Eropah. Satu sebab penting ialah masa yang diambil pengusaha China dalam pembangunan model baharu hanya separuh yang digunakan di Eropah. Golongan pengguna global berpeluang menikmati produk yang sangat berbaloi, dan mendapat faedah yang sebenar berkat industri TBB China yang berkapasiti besar, yang juga dilihat boleh membantu mengurangkan tekanan inflasi akibat kekurangan sumber tenaga konvensional.


Bagi pelbagai negara di dunia, industri TBB China yang berkapasiti besar boleh mencetus momentum pembangunan yang baharu. Bloomberg baru-baru ini menerbitkan satu artikel yang mengatakan bahawa harapan demi transformasi penggunaan sumber tenaga global sebahagian besarnya disebabkan oleh "produk buatan China yang bersih dan berharga rendah".


China selaku negara membangun terbesar di dunia, bukan sahaja berjanji untuk mencapai peneutralan karbon daripada puncak pelepasan karbon dengan menggunakan masa paling singkat dalam sejarah global, tetapi juga bertindak konsisten membantu dunia mengurangkan pelepasan karbon. Produk tenaga angin dan fotovoltaik yang dieksport China pada tahun 2022, berperanan membantu negara-negara terbabit mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak kira-kira 573 juta tan, manakala semua produk TBB yang dieksport China sejak sekian lama berfungsi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 2.83 bilion tan pada tahun 2022, menyumbang kira-kira 41% keseluruhan global dalam bidang pengurangan pelepasan karbon ekoran penggunaan TBB.


Dakwaan AS tentang apa yang disebut "kapasiti industri yang berlebihan di China" sama sekali tidak menyakinkan di sebalik fakta yang terperinci. Seperti yang dikatakan oleh ramai tokoh antarabangsa, proses transformasi penggunaan sumber tenaga global pasti akan terjejas ekoran amalan perlindungan perdagangan yang beralasan "kapasiti industri yang berlebihan". Masalah sebenar yang dihadapi dunia sekarang ini bukanlah kapasiti industri TBB yang "berlebihan", tetapi kekurangan yang teruk, dan China sedang menghasilkan apa yang sangat diperlukan oleh dunia.