Di Manakah Keikhlasan Barat Semasa Hulur Tangan Membantu?

2021-12-29 15:46:42  CRI
Share with:

Nigeria minggu lalu terpaksa memusnahkan lebih sejuta dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca yang telah luput pada November, demi meredakan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan produk kesihatan awam itu.

Vaksin yang dimusnahkan itu merupakan antara hasil sumbangan yang disalurkan negara Barat pada Oktober membabitkan sebanyak 2.5 juta dos, yang jangka hayatnya hanya bertahan selama beberapa minggu.

Di benua Afrika, bukanlah Nigeria sendiri yang mengalami situasi seumpama itu.

Daripada keengganan membekalkan vaksin kepada negara lain hanya dengan membiarkannya luput sahaja, beberapa negara di Eropah kini mula berubah angin dengan menyalurkan vaksin kepada Afrika. Ia sememangnya merupakan perkembangan yang baik.

Namun, vaksin yang dibekalkannya perlu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Jikalau vaksin berkenaan tidak boleh diguna pakai pihak penerima, keikhlasan pihak penyumbang akan mencetuskan tanda tanya.

Pemusnahan vaksin oleh negara-negara Afrika memperlihatkan mentaliti nasionalisme vaksin sentiasa berlegar-legar di sekililing dunia Barat.

Ambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) merekodkan, sekurang-kurangnya 15.1 juta dos vaksin dibazir bermula Mac hingga September.

Laporan media negara itu berbunyi, jumlah vaksin dibazir di AS jauh melebihi yang disuntik di banyak negara membangun.

Jurang vaksin antara penghalang terbesar bagi seluruh dunia melawan pandemik COVID-19.

Afrika mahukan bantuan yang benar-benar diperlukan, bukan dalam bentuk vaksin yang menghampiri tarikh tamat tempoh.

Oleh itu, kuasa Barat perlu berkelakuan bertanggungjawab, menyertai China dalam menyediakan vaksin yang kualiti dan kuantitinya terjamin kepada benua Afrika, sekali gus menyumbang ke arah membina benteng kekebalan global.

Dalam era globalisasi, dunia tidak boleh selamat selagi ada satu negara belum menghapuskan wabak. Dengan membantu Afrika, negara Barat sebenarnya membantu dirinya sendiri.