Rundingan Isu Nuklear Iran Menuju Ke Arah Baik

2021-12-29 16:08:52  CRI
Share with:

Pusingan kelapan rundingan isu nuklear Iran yang berlangsung di Vienna, Austria sedang menuju ke arah baik, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, pihak-pihak terbabit terutama membincangkan isu-isu yang wujudnya perbezaan pendapat dengan memfokuskan teks yang dikemukakan Iran.

Hossein turut berkata, suatu perjanjian kemungkinan dapat dicapai tidak lama lagi sekiranya semua pihak terlibat menunjukkan keazaman dan hasrat murni.