Varian Omicron Jadi Dominan di Britain, AS

2021-12-29 15:59:33  CRI
Share with:

Varian Omicron kini menjadi strain dominan di beberapa negara Barat termasuk Britain dan Amerika Syarikat (AS), menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Laporan epidemiologi mingguan COVID-19 yang dikeluarkan pertubuhan itu menunjukkan, risiko penularan varian Omicron kekal tinggi pada keseluruhannya, dengan penyebaran lebih pantas berbanding Delta.