Lapan Usaha Jadi Tumpuan Diplomasi China 2022

2021-12-30 17:22:29  CRI
Share with:

Diplomasi China akan memberikan tumpuan kepada lapan usaha utama pada tahun 2022, menurut ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar, Wang Yi.

Dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) hari ini, Wang Yi berkata, pihaknya akan sedaya upaya menyediakan iklim luaran yang bermanfaat kepada penganjuran Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada tahun depan.

Antara usaha lain yang menjadi keutamaan termasuk memberi sokongan padu kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, menerajui pembaharuan sistem tadbir urus global dan proaktif merungkai pelbagai cabaran pasca pandemik COVID-19.

Selain itu, menurut Wang, pihaknya juga komited memperluas hubungan rakan di lingkungan sejagat, mempertahankan kepentingan teras negara, menyumbang kepada keterbukaan dan pembangunan negara, di samping mengamalkan konsep diplomasi berpaksikan rakyat.