Persepakatan Beijing-Paris Cermin Keihsanan Manusia dan Keadilan

2024-05-08 15:03:50  CRI
Share with:

Dalam tempoh lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Perancis baru-baru ini, kedua-dua pihak telah menyiarkan Perisytiharan Bersama China-Perancis berhubung Situasi Asia Barat yang memaparkan pendirian dan suara yang sama mengenai konflik Palestin-Israel, isu nuklear Iran dan krisis Lautan Merah. Konsensus yang dicapai antara dua negara kuasa besar ini mencerminkan keihsanan manusia dan tuntutan masyarakat antarabangsa untuk membela keadilan, mempamerkan tanggungjawab yang dipikul negara kuasa besar dalam memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, di samping mencetuskan motivasi bagi penyelesaian isu-isu hangat serantau.


Sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), China dan Perancis mempunyai banyak persefahaman tentang isu Asia Barat. Xi menegaskan, masyarakat antarabangsa seharusnya mengambil langkah bagi membantu mewujudkan gencatan senjata secara menyeluruh dengan secepat mungkin, memastikan kelancaran dalam tindakan menyelamat untuk tujuan kemanusiaan, sekaligus melaksanakan "pelan dua negara". 


Sementara itu, Perancis bersedia memperhebat komunikasi dan kerjasama dengan China untuk memelihara amalan multilateralisme serta Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, pemimpin negara kedua-dua pihak juga menunjukkan keprihatinan terhadap situasi serantau yang menghadapi risiko meruncing, dengan menumpu kepada isu nuklear Iran yang patut diselesaikan melalui pendekatan politik dan diplomatik,  dan isu pelayaran bebas yang patut dipastikan serta isu serangan yang menyasarkan perkapalan awam patut dihentikan di Lautan Merah dan Teluk Aden. 


Kebetulan, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Mariano Grossi melawat Iran pada hari yang sama yang menyaksikan berlangsungnya pertemuan antara Xi dengan Macron. Serentak itu, situasi semasa meruncing di perairan Lautan Merah dan Teluk Aden susulan serangan bersenjata terhadap perkapalan awam yang bertambah banyak. 


Pada saat yang krtitak ini, Beijing dan Paris mengeluarkan suara yang sama dilihat kondusif bagi usaha mereda situasi serantau dan memelihara keamanan perairan dan perdagangan global. Selain itu, seruan pemimpin negara kedua-dua pihak tentang melaksanakan gencatan senjata untuk tujuan kedamaian sementara pada tempoh Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris nanti bukan sahaja mencerminkan sanjungan terhadap semangat Olimpik, tetapi juga berhasrat membuka jalan bagi dialog dan perdamaian.