Kemakmuran Pelancongan dalam Tempoh Cuti 1 Mei Cermin Ekonomi China Tambah Baik

2024-05-07 14:16:03  CRI
Share with:

Seramai 295 juta orang memilih keluar melancong di negara China pada tempoh cuti 1 Mei, meningkat 7.6 peratus tahun ke tahun. Manakala, sektor pelancongan inbound memperoleh pendapatan sebanyak RMB166.89 bilion (RM109.63 bilion) dalam tempoh tersebut, naik 12.7 peratus tahun ke tahun.


Sementara itu, pelancongan outbound pula cepat pulih berkat penyambungan semula sebahagian laluan penerbangan antarabangsa, penguatkuasaan dasar imigresen yang lebih mudah dan bertambahnya jumlah negara yang menawarkan layanan bebas visa. Dimaklumkan, kehadiran pelancong China di lebih 1,000 bandar di seluruh dunia dalam tempoh cuti 1 Mei merupakan elemen yang memberangsangkan bagi kepenggunaan setempat. 


Menurut Harian Lianhe Zaobao Singapura, jumlah tempahan tiket penerbangan dari China ke Singapura meningkat sekali ganda lebih. 


Sementara itu, pencarian kata kunci tentang hotel dan tiket penerbangan Cuba di pelbagai portal pelancongan China melambung lebih 40 peratus setelah Havana mengumumkan pemberian layanan bebas visa kepada warga China. Menurut Menteri Pelancongan Cuba, Juan Carlos Garcia, langkah terbabit akan "mendatangkan peluang baharu" kepada perkembangan pelancongan tempatan malah rantau Amerika Latin. 

Sejak tahun ini, kerajaan China telah melancarkan siri dasar bagi merancakkan kepenggunaan. Menurut data statistik berkenaan, sektor kepenggunaan menyumbang 73.7 peratus terhadap pertumbuhan ekonomi pada suku tahun pertama 2024. Seiring dengan pasaran kepenggunaan baharu seperti kepenggunaan digital, hijau dan kesihatan menjadi semakin dinamik di China, ekonomi dunia juga akan mendapat momentum yang baharu.


Beberapa banyak data statistik yang luar jangkaan itu mencerminkan potensi dan kedinamikan ekonomi China. Dengan itu, terdapat beberapa pertubuhan antarabangsa yang turut menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi di negara Tembok Besar ini bagi sepanjang tahun 2024, misalnya Bank Pembangunan Asia (ADB) menjangka China akan menyumbang 46 peratus dalam pertumbuhan ekonomi Asia pada 2024 hingga 2025, sedangkan Bloomberg pula meramalkan bahawa China akan menduduki kira-kira 21 peratus keseluruhan kegiatan ekonomi yang baharu dalam senario global pada 2024 hingga 2029.