China, Perancis Mulakan Satu Lagi Tempoh 60 Tahun Eratkan Kerjasama

2024-05-08 12:20:03  CRI
Share with:

Pemimpin China dan Perancis telah bertukar cenderahati, iaitu obor untuk kegunaan Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di negara masing-masing, mengeluarkan 4 kenyataan bersama, menandatangani hampir 20 dokumen kerjasama bilateral dalam bidang pembangunan hijau, penerbangan, agromakanan, perniagaan dan sosiobudaya.


Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron telah mengadakan perbincangan di Paris dan membuahkan hasil yang melimpah pada Isnin lalu waktu tempatan.


China dan Perancis mengeluarkan isyarat yang jelas untuk mengeratkan kerjasama yang turut menjadi tumpuan media massa. Macron berkata, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) perlu meningkatkan kerjasama dengan China ketika menyahut cabaran besar di persada dunia, yang dilihat berkaitan dengan masa depan Eropah.


Tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis. Bertepatan dengan lawatan rasminya di Perancis, Presiden Xi melalui satu artikelnya yang diterbitkan di media negara itu menyatakan bahawa China bersedia terus mendorong hubungan kedua-dua negara berkembang menuju ke masa depan. 


Presiden Macron pula bersetuju hubungan Perancis-China sedang berada di satu detik sejarah yang signifikan sebelum membuka lembaran baharu untuk menghadapi masa depan.


Bagaimana merancangkan satu lagi tempoh 60 tahun untuk kerjasama pada masa yang akan datang? Menurut Xi, kedua-dua pihak perlu mengekalkan aspirasi sewaktu menjalinkan hubungan diplomatik, iaitu berdikari, saling memahami, berpandangan jauh, sama untung dan sama memang. Selain itu, perlunya memupuk rasa saling percaya, menambah elemen yang stabil dan inovatif serta memikul tanggungjawab yang wajar dalam mengembangkan hubungan bilateral, di samping bersama-sama mencegah "Perang Dingin baharu" atau konfrontasi kem, mendorong dunia ini hidup dalam suasana harmoni berdasarkan nilai-nilai yang pelbagai, menjaga tata kelola yang adil dan teratur serta multipolarisasi dalam senario global, dan menentang dakwaan "memutuskan hubungan dan rantai". Kesemua cadangan tersebut juga dianggap sebagai arahan yang jelas bagi perkembangan hubungan China-Perancis.


Dalam perbincangan pemimpin kedua-dua negara, mereka juga menegaskan perlu menghormati kepentingan teras negara masing-masing, di samping menggunakan saluran interaksi pelbagai dimensi untuk mengadakan komunikasi dan menyelaraskan pendirian masing-masing tepat pada waktunya berhubung penggubalan dasar.

Pada masa yang sama, Presiden Xi menyatakan China bersedia mengimport lebih banyak produk yang berkualiti dari Perancis dan berharap Perancis sudi mengeskport lebih banyak produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi kepada China.


Selain itu, China berkomitmen akan terus meningkatkan tahap keterbukaan untuk mengalu-alukan lebih banyak syarikat Perancis melabur di negara ini dan menyertai proses modenisasi ala China. 


Macron pula berkata, pihaknya tidak akan melaksanakan dasar diskriminasi terhadap syarikat China, sebaliknya menyambut lebih banyak syarikat China termasuk syarikat berteknologi tinggi bekerjasama dengan Perancis dan melabur di negaranya.


Mengorak langkah ke masa depan untuk memulakan satu lagi tempoh 60 tahun, China dan Perancis akan mengeratkan kerjasama yang prospeknya cerah demi manfaat rakyat kedua-dua negara, malah kondusif bagi mendorong keamanan serta pembangunan dunia.