China Sumbang Air Minuman ke Kawasan Bencana Taufan Filipina

2021-12-30 11:47:15  CRI
Share with:


Kedutaan Besar China di Filipina pada Rabu menyerahkan lebih 100 ribu botol air minuman kepada pihak Kementerian Pertahanan Filipina sebagai bantuan kepada kawasan yang terjejas akibat bencana taufan “Rai”.


Selain itu, pihak kedutaan dan persatuan penduduk Cina di negara itu turut mendermakan wang sejumlah sejuta Peso (sekitar RM81 ribu) untuk tujuan sama.

Terdahulu, sekumpulan barang bantuan bencana sumbangan kerajaan China selamat tiba di bandar Surigao, Surigau Utara pada Selasa.


Untuk rekod, taufan gergasi Rai melanda Filipina sejak 16 Disember dan provinsi Surigau Utara merupakan antara kawasan terjejas paling teruk.



Selepas taufan berlalu, pejabat konsulat China di Davao, bersama-sama dengan persatuan orang Cina dan perantau China di situ segera memberi bantuan termasuk beg makanan, air minuman dan beras kepada kawasan itu.