Air Kumbahan Nuklear: Jepun Degil Berbuat Salah

2021-12-30 14:57:47  CRI
Share with:

Rancangan pelepasan air kumbahan loji janakuasa nuklear Fukushima yang diumumkan Jepun mutakhir ini menimbulkan kebimbangan dan kemarahan baik negara-negara jiran, mahupun rakyatnya sendiri .

Terdahulu, masyarakat antarabangsa melantangkan bantahan keras terhadap keputusan yang dibuat kerajaan Jepun pada April untuk melepaskan air kumbahan nuklear ke laut.

Dalam tempoh lapan bulan lalu, Jepun langsung tidak mempedulikan kebimbangan masyarakat antarabangsa dan berdegil mendorong pelaksanaan rancangan berkenaan, malah mereka-reka dusta dalam hal ini.

Tindakan Jepun yang hanya mengambil kira kepentingan diri sendiri itu bakal mengundang risiko kepada negara-negara di rantau Pasifik.


Isu kewangan merupakan faktor utama yang menyebabkan kerajaan Jepun berbuat demikian. Tanpa meneliti kepentingan buat jangka panjang, keputusan Jepun tersebut adalah tidak masuk akal. Ini kerana pelepasan air kumbahan nuklear ke laut akan membawa kesan secara langsung kepada industri pertanian dan perikanan di kawasan timur laut negara itu, serta mengancam kesihatan rakyatnya.

Tindakan seumpama juga akan membawa pengaruh yang tidak dapat disangka kepada ekologi marin global dan kesihatan manusia.

Walapun berdepan bidasan pedas dari seluruh dunia, namun Amerika Syarikat (AS) yang hanya mengambil kira keperluan strategiknya tetap menyatakan sokongan kepada Jepun dalam hal tersebut. Ini dianggap satu faktor luaran yang menjadikan Jepun berdegil membuat keputusan yang salah.