Myanmar Serah Kemaskini Laporan Projek Basmi Kemiskinan
Satu upacara penyerahan kemaskini laporan program kerjasama contoh pembasmian kemiskinan Myanmar telah diadakan di Naypyidaw, ibu kota negara itu pada Khamis.
Pada upacara tersebut, China selaku negara penyumbang dalam projek itu diwakili oleh Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai dan Myanmar telah diwakili oleh Menteri Koperasi dan Pembangunan Luar Bandarnya.
Chen ketika menyampaikan ucaptamanya berkata bahawa infrastruktur seperti jalan raya, projek pembekalan air minuman, pusat pembangunan komuniti dan bangunan sekolah telah dibina sejak program tersebut dimulakan pada Februari 2018.
Menurut beliau, ia juga sekali gus membuka peluang untuk penduduk tempatan menyertai kursus latihan seperti penanaman dan penternakan di kampung Aye Chan Thar dan kampung Min Bin.
Chen berkata, China akan terus berkongsi pengalaman membasmikan kemiskinan dan pembangunan desa dengan pihak Myanmar bagi menbantu usaha pembasmian kemiskinan dan pembangunan negara itu.