AS, Pengancam Keamanan Dunia

2021-12-31 12:40:13  CRI
Share with:

Akta Pengautoritian Pertahanan Nasional yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS) mutakhir ini menetapkan belanjawan pertahanan negara itu bagi tahun fiskal baharu adalah sebanyak USD768.2 bilion.

Angka ini mencatat rekod paling tinggi sejak Perang Dunia II, meskipun mengambil kira faktor inflasi.

Mengejar keuntungan antara motivasi utama AS mencetuskan peperangan di dunia.

Menurut statistik, kontraktor senjata AS memberi sumbangan kewangan melebihi USD47 juta kepada politikus negara itu pada 2020. Perbelanjaan ketenteraan AS telah menyaksikan peningkatan berterusan pada beberapa tahun kebelakangan ini susulan kegiatan melobi oleh kumpulan sekepentingan.

Apabila peniaga senjata dapat menguasai arena politik negara itu, dan bersubahat dengan Pentagon untuk meraih keuntungan, maka tidak hairanlah belanjawan pertahanan yang mencecah rekod baharu itu dapat diluluskan Kongres AS yang kini berpecah belah.

Selain membebankan rakyatnya sendiri, peningkatan belanjawan pertahanan AS juga menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, perkara yang diberikan perhatian dunia adalah AS akan memperuntukkan USD27.8 bilion untuk pembangunan senjata nuklear pada tahun depan, sedangkan negara itu tetap pemilik senjata nuklear berskala paling besar dan canggih di dunia.

Tindakan AS tersebut nescaya meruncingkan lagi perlumbaan senjata nuklear, dan menjejaskan kestabilan strategik global.