Kebebasan Akhbar Bukan Alat Siasah

2021-12-31 16:31:18  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu menuduh China menjejaskan kebebasan akhbar di Hong Kong selepas pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap media tempatan Stand News atas tuduhan penerbitan berunsur hasutan.

Britain, Kanada dan Australia yang mengikut telunjuk AS turut tampil bersandiwara politik, dan sekali lagi mencampuri urusan dalaman China atas nama kebebasan akhbar.

Bersekongkol dengan pencetus huru-hara di Hong Kong, niat jahat mereka bagi mencemari kemakmuran dan kestabilan wilayah itu, jelas terpampang.

Stand News tetap menerbitkan kandungan berbaur hasutan di bawah undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong.

Selain menabur kebencian dan mengapi-apikan sentimen antipolis, ia juga menguar-uarkan “sekatan terhadap China” dan menghasut serangan "serigala tunggal" di wilayah itu.

Jelas bahawa media itu merupakan ejen puak anti-China.

Bertopengkan kebebasan akhbar, kuasa Barat cuba membebaskan penjenayah daripada tuduhan, kelakuan yang mencabul kedaulatan undang-undang dan menginjak-injak kebebasan akhbar.