RCEP Jamin Kemakmuran dan Kestabilan Serantau

2021-12-31 17:01:00  CRI
Share with:

Kini kopi putih atau “white coffee” Malaysia memang tidak asing lagi di China khususnya laris dijual dalam platform e-dagang.

 

Seiring dengan permintaa besar di China, ia sekali gus menggalakkan Malaysia mengimport sejumlah besar biji kopi dari luar negara, termasuk biji kopi dari Yunnan.

 

Biji kopi Yunnan terpilih oleh jenama tersohor dunia seperti Nestle, Maxwell dan Starbucks. Tapi jenama kopi Yunnan sendiri belum begitu terkenal di dunia.

 

Justeru, kerjasama dengan syarikat kopi putih dari Malaysia membantu meningkatkan jualan mereka dan pada masa sama, ia juga membantu meningkatkan peratusan bahan asal rantau ini supaya menikmati tarif yang lebih rendah, khususnya setelah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa.


Projek landasan kereta api dari Gemas ke Johor Bahru yang dibina oleh CRCC, CREC dan CCCC China telah siap 84% setakat ini. Setelah projek ini siap, perjalanan penumpang akan jimat kira-kira tiga jam, manakala pengangkutan kargo meningkat dari 1.3 juta tan kepada 2.43 juta tan setahun, mendorong pembangunan beberapa pelabuhan di kawasan tersebut.

 

Setelah RCEP berkuatkuasa juga, tarif import kemudahan kereta api dari China juga akan menurun. Ambil contoh, landasan besi tempa sebanyak kira-kira 43000 tan dan kereta api yang dijadualkan akan diimport dari China dalam projek tersebut.

 

Bukan saja di Malaysia, dengan kos import baja berkualiti tinggi dari Jepun dan Korea Selatan menurun, pelbagai kemudahan landasan kereta api dan fasiliti yang dikeluarkan di China juga akan menjadi lebih murah, khususnya bagi pelbagai negara di rantau RCEP. Ini dijangka membantu pembinaan infrastruktur serantau dipercepat, juga akan menyediakan lebih banyak peluang kerja dan menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan.

 

Dari sekecil-kecil produk seperti biji kopi dan sebesar-besar produk seperti kereta api, dengan merangkumi 2.2 bilion atau hampir 30 peratus penduduk dunia, pemeteraian RCEP oleh 15 negara Asia Pasifik membawa makna signifikan.

 

Pastinya ia tidak terhenti di situ dan sebaliknya kerjasama ekonomi di rantau ini akan dinaiktarafkan lagi. Ini amat penting bagi pemulihan ekonomi pelbagai negara setelah dilanda pandemik selain bertujuan untuk mengawal kemakmuran dan kestabilan serantau dalam jangka panjang.

 

Menurut veteran media Malaysia, Chong Tien Siong, antara yang menjadi perhatian adalah RCEP memiliki dua pasaran yang menawarkan pertumbuhan berpotensi tinggi, iaitu badan serantau 10 negara ini yang mempunyai 600 juta penduduk serta China dengan 1.4 bilion populasi.

 

Selain amat menghargai jiran, kedua-dua pihak itu menyemai semangat kekitaan sambil memperkasakan kerjasama saling untung, yang menjadi satu contoh terbaik.

 

Kemboja, yang bakal menjadi pengerusi ASEAN pada 2022, turut menaruh harapan tinggi terhadap RCEP. Perdana Menteri Hun Sen baru-baru ini menggesa pemimpin perniagaan ASEAN supaya mengoptimumkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada serta RCEP untuk mengembangkan sayap perniagaan.

 

Mengambil kesempatan daripada integrasi ekonomi yang pertama di rantau ini, Malaysia juga optimis bahawa RCEP akan mewujudkan peluang perniagaan yang besar.

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapanya di Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi Global China (GCET) pada pertengahan Disember berkata, RCEP bukan sahaja akan menyediakan peluang baharu untuk perniagaan di Malaysia, tetapi juga membolehkan komuniti perniagaan serantau mengakses pasaran Malaysia dan ASEAN dengan lebih meluas.

 

Pengerusi Centre for New Inclusive Asia, Tan Sri Ong Tee Keat berpendapat, China sebagai anggota RCEP yang terbesar juga didapati sedang memperluaskan lagi keperluan pasaran dalamannya di bawah pelaksanaan model ekonomi baru Dwi Kitarannya. Sudah tentu pasaran China akan terus menjadi tumpuan utama ASEAN yang juga rakan dagang China terbesar.

 

Tentang soal negara mana yang menguasai RCEP, keindukan ASEAN sememangnya tidak harus dipertikaikan.

 

Dari segi perhitungan geopolitik pula, walaupun ASEAN kelihatan tersepit dalam pertarungan geopolitik kuasa besar, namun ianya tetap bersikap inklusif serta berkecuali. Sementara bermesra dengan China, iaitu rakan dagangnya yang terbesar, ASEAN juga terus mengekalkan tali perhubungan politik dan ekonomi yang baik dan stabil dengan Amerika Syarikat serta negara-negara sekutunya seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Strategi memperimbangkan diri dalam pertarungan seperti ini memperkukuhkan lagi kedudukan induk ASEAN dalam RCEP.