19 Julai 1991, Menteri Luar China, Qian Qichen buat kali pertama mewakaili China menyertai Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Ini merupakan antara titik tolak bermulanya dialog antara China dengan ASEAN dan ia dimulakan dengan latar belakang perang dingin baru berakhir.
Usaha tersebut juga dianggap sebagai “pilot test” bagi China dan ASEAN untuk menguruskan hubungan dengan jiran dan menentukan perkembangan serantau secara berdikari.
Dalam Seminar Sambutan Genap 30 Tahun Terjalin Hubungan Dialog China-ASEAN anjuran Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS) pagi tadi, Pengarah Pusat Pengajian Tinggi Universiti Brunei Darussalam, Hoon Chang Yau mengimbas kembali bahawa hubungan Brunei dengan China yang begitu lancar dalam tempoh tersebut.
Menteri Penolong Perdana Menteri Kemboja, Chhem Kieth Rethy juga tidak ketinggalan dengan menyebut bahawa persahabatan kedua-dua negara telah melebihi 2000 tahun.
Namun, bagi Satria, sama ada 30 tahun atau 2000 tahun, ia langsung tidak membezakan kerjasama masing-masing dengan China.
Dari hubungan dialog kepada FTA China-ASEAN, seterusnya Inisiatif Jalur dan Laluan BRI, RCEP hingga Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN, hubungan China-ASEAN berkembang dengan cepat dan mantap.
Faktor utamanya adalah wujudnya hubungan bilateral berasaskan rasa saling percaya politik yang kukuh serta kepentingan bersama kira-kira 200 juta penduduk serantau.
China telah 12 tahun berturut-turut menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN manakala ASEAN pula menjadi rakan dagang terbesar menghadapi pandemik.
Jumlah perdagangan bertambah dari kurang USD8 bilion hingga USD684.6 bilion, meningkat lebih 80 kali ganda dalam 30 tahun.
Kerjasama China-ASEAN kian hari memperlihatkan secara jelas bahawa ia membawa faedah ekonomi yang ketara kepada kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, Pengerusi Pusat Asia Inklusif Baharu Malaysia, Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan rakan-rakan dari ASEAN supaya tidak hanya melihat peranan China di rantau ini hanya dari sudut ekonomi sahaja.
Bagi sejumlah besar pakar dari negara anggota ASEAN yang lain pula, mereka turut menghargai kerjasama ASEAN-China yang membawa kestabilan, kemakmuran dan perkembangan kepada rantau ini.
China menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama serantau.
Kerjasama antara China dengan ASEAN yang sama kedudukan dan saling mempercayai sebenarnya patut dijadikan teladan bagi kerjasama multilateral di dunia.
Sempena menyambut pencapaian dalam 30 tahun yang lalu, para pakar masing-masing menyedari cabaran yang dihadapi oleh ASEAN bersama China buat masa ini.
Varian Delta yang menular lebih cepat telah membawa impak teruk kepada sosioekonomi pelbagai negara ASEAN dan menjadi tumpuan hampir setiap pakar menghadiri seminar pagi tadi.
Pakar Institut Pengajian Strategi dan Isu Antarabangsa Myanmar, U Wynn Lwin menegaskan bahawa negara itu sedang dilanda wabak dan krisis politik.
Kata beliau, sekiranya tiada penyelesaian segera dengan kerjasama pelbagai pihak, negara itu berkemungkinan menjadi piring petri bagi lebih banyak varian COVID-19.
Sebagai jiran yang diutamakan, China telah menyediakan 180 juta dos vaksin kepada pelbagai negara ASEAN dan janji membantu menubuhkan pusat pengeluaran dan pembahagian vaksin serantau.
Bantuan-bantuan tersebut dilihat menerima sambutan baik dari segenap pakar di ASEAN.
Ketua Pengarah Institut Ehwal Luar Kementerian Luar Laos, Mai Sayavongs menegaskan bekalan vaksin yang selamat, berkesan dan mampu dipikul serta rantaian bekalan vaksin yang stabil adalah sangat penting dalam perjuangan melawan pandemik di ASEAN.
Selain isu tersebut, kerjasama untuk menghadapi perubahan iklim serta impak bencana alam juga menarik tumpuan ramai.
Pakar Tabung Laluan Pembangunan Asia Pasifik-Filipina, Aaron Jed Rabena menyatakan bahawa Filipina kerap kali dilanda taufan, dan beliau turut mengikuti bencana banjir yang berlaku di China ekoran taufan baru-baru ini.
Dengan terjadinya iklim yang semakin ekstrem, negara-negara ASEAN dilihat begitu lemah menghadapi bencana alam yang dahsyat.
Kerjasama pengurangan bencana dan penyelamatan bencana menjadi bidang baharu yang patut dititik beratkan dalam kerjasama ASEAN-China.
Pada masa yang sama, indutri tenaga bersih, teknologi digital dan pelbagai bidang yang membantu menghadapi perubahan iklim juga dilihat bakal menjadi bidang kerjasama baharu yang patut diterokai bersama oleh China dan ASEAN untuk merangsang pembangunan ekonomi pada zaman pasca pandemik.
Hubungan China-AS yang kurang stabil juga dilihat sebagai satu lagi cabaran bagi negara-negara ASEAN.
Pakar dari ASEAN juga mempunyai pandangan tersendiri apabila menyetuh tentang peranan yang boleh dimainkan oleh ASEAN untuk mengelakkan perang dingin baharu atau ASEAN hanya mampu berdiam diri sahaja ketika menghadapi dua kuasa besar.
Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chulalongkorn Thailand Kavi Chongkittavorn berpendapat, tata nilai bersama Asia mampu memandu rantau ini menghadapi apa jua masalah yang rumit an serius.
Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan atau Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN diterima oleh pelbagai negara ASEAN kerana ia bersesuaian dengan tata nilai bersama Asia yang berasal dari tamadun dan sejarah kita.
Untuk menghadapi pelbagai cabaran pada era pasca pandemik, cerita tentang Asia ini seharusnya disanjung tinggi dan ia juga mampu memberi sumbangan kepada pemulihan sosiaoekonomi sedunia.