Platform Perkhidmatan Awan IDC China-Singapura Galak Kerjasama Antara Syarikat

2021-08-24 13:54:34  CRI
Share with:

Servis Awan IDC China-Singapura Galak Kerjasama Antara Syarikat_fororder_0824_1

Forum Pembangunan Saluran Data Internet Antarabangsa China-Singapura (Chongqing) ketiga, yang juga salah satu forum sempena Ekspo Kepintaran China (CSE) 2021 diadakan di sini, pada Isnin.

Pada forum tersebut, platform perkhidmatan awan sehenti saluran data antarabangsa (IDC) China-Singapura (Chongqing) bagi syarikat Singapure bertapak di Chongqing turut dilancarkan, dengan objektif untuk menggalakkan pembangunan industri maklumat dan telekomunikasi antara China dan Singapura serta meningkatkan kerjasama syarikat kedua-dua pihak.  

Setakat ini, hampir 50 syarikat dari kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian penggunaan IDC antaranya dalam bidang perubatan jarak jauh, logistik pintar serta kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pada masa sama, menurut pihak penganjur, terdapat 19 projek kerjasama China-Singapura turut ditandatangani secara rasmi dalam forum tersebut.

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, penggunaan IDC akan diperluas ke dalam bidang kepintaran dalam sektor pendidikan, pembuatan, perubatan dan pelancongan.

胡星