FTA China-Kemboja Berkuat Kuasa
Perjanjian perdagangan bebas China-Kemboja (CCFTA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari.
Menurut perjanjian itu, China dan Kemboja akan saling memberi status bebas tarif kepada barangan yang diperdagangkan masing-masing sehingga 97.5 peratus dan 90 peratus, iaitu tahap tertinggi dalam rundingan FTA antara kedua-dua negara setakat ini.
Menurut statistik, jumlah perdagangan antara China dan Kemboja mencatat USD10.98 bilion pada Januari hingga Oktober tahun lepas, naik 45.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Ia sekali gus mewujudkan dengan lebih awal matlamat perdagangan yang ditetapkan pemimpin kedua-dua negara, iaitu mencecah USD10 bilion menjelang 2023.