Operasi Bulan Pertama Laluan Kereta Api China-Laos Cemerlang

2022-01-03 13:58:58  CRI
Share with:

Penghantaran 670,000 orang penumpang dan 170,000 tan kargo diselesaikan sepanjang operasi bulan pertama Laluan Kereta Api China-Laos, maklum Syarikat China Railway Berhad.

Bermulanya operasi Laluan Kereta Api China-Laos menandakan berakhirnya sejarah bandar Pu'er dan Xishuangbanna yang terkecuali dari jaringan landasan kereta api kebangsaan China, dan turut menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan disebabkan kelebihan miliknya seperti selamat, hijau, berkecekapan tinggi dan mudah lagi cepat. Industri pelancongan segera menjadi dinamik dengan adanya operasi laluan kereta api itu, terbukti dengan jumlah pesanan pelancongan di Pu'er dan Xishuangbanna yang meningkat 92.4% dan 59.9% berbanding bulan sebelum pembukaan laluan itu.

Sementara itu, landasan tersebut juga berperanan membentuk satu saluran logistik yang mudah lagi cepat antara China dengan ASEAN. Perjalanan dari Kunming ke Vientiane yang hanya makan 30 jam menurut jadual yang paling pantas, sememangnya boleh mengurangkan banyak masa dan kos pengangkutan dibanding dengan pengangkutan jalan raya, dan menyuntik kedinamikan baharu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, sehingga menjadikan lebih banyak syarikat dapat memanfaatkan peluang dan dividen yang dibawanya. Seiring dengan penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi, jumlah pengangkutan kargo dipercayai akan terus meningkat dengan stabil.