China di Tangga Pertama Ranking Box-Office Sedunia 2021

2022-01-04 13:16:18  CRI
Share with:

Kutipan tiket wayang di China pada tahun 2021 bernilai RMB47.258 bilion (RM31.091 bilion), antaranya kutipan tiket wayang hasilan domestik merekodkan RMB39.927 bilion (RM26.268 bilion), iaitu 84.49% dalam jumlah keseluruhan. Dengan itu, China terus berada di tangga pertama ranking box-office sedunia.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Filem China pada Sabtu lalu, tahun lepas menyaksikan penghasilan filem sebanyak 565 buah, termasuk 8 hasilan domestik yang tersenarai dalam 10 filem teratas ranking box-office. Antaranya, dua filem "The Battle at Lake Changjin" dan "Hi, Mom" tersenarai antara tiga filem teratas dalam ranking box-office dalam sejarah wayang domestik.

Sementara itu, tahun 2021 juga menyaksikan pertambahan layar filem sebanyak 6,667, menjadikan jumlah keseluruhannya merekodkan 82,248, yang juga berada di tangga pertama ranking dunia.