2021 yang Luar Biasa: 'Diplomasi Awan' Xi Tingkatkan Komunikasi dan Kerjasama

2022-01-04 15:04:25  CRI
Share with:

Tatkala pandemik COVID-19 berlarutan, Presiden China, Xi Jinping tetap mengekalkan komunikasi rapat dengan pemimpin negara lain dan ketua pelbagai organisasi antarabangsa sepanjang 2021 melalui "diplomasi awan" (cloud diplomacy).

Pada tahun 2021, Presiden Xi mengadakan 79 panggilan telefon dengan pemimpin negara asing dan organisasi antarabangsa, menghadiri 40 acara diplomatik utama melalui pautan video, serta menyampaikan ucapan dan melakukan surat-menyurat dan kiriman mesej tidak kurang daripada 100 melalui pautan video.