Barat Digesa Jangan Minta 'Harga Tertinggi' dalam Rundingan Nuklear Iran

2022-01-04 13:23:10  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh semalam menyatakan, kem Barat termasuk Amerikat Syarikat (AS), Britain dan Jerman sudah menyedari bahawa mereka perlu berhenti “minta harga tertinggi” dan mengambil sikap yang lebih realistik dalam rundingan berkaitan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Saeed berkata, adalah jelas pelbagai pihak bersedia mendorong mekanisme rundingan yang merangkumi perbincangan dua hala dan pelbagai hala di Vienna, Austria. Bagi Iran dan AS yang enggan mengalami salah faham, memilih melalui kertas tertulis dalam bertukar-tukar pandangan.