Sumbangan Baharu China kepada Syria untuk Melawan Pandemik COVID-19

2022-01-04 13:32:00  CRI
Share with:

Sekumpulan lagi vaksin dan dos ujian saringan COVID-19 bantuan kerajaan China telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Syria, dengan disaksikan oleh Duta Besar China di negara itu, Feng Biao semalam.

Feng Biao dalam majlis penyerahan itu berkata, China berdasarkan kemampuan sendiri membekalkan vaksin kepada masyarakat antarabangsa untuk mendorong kerjasama sejagat dalam usaha melawan pandemik COVID-19. Namun, kem Barat yang diketuai Amerika Syarikat asyik mengamalkan 'nasionalisme vaksin' dan 'mungkir janji' dalam isu menghulurkan bantuan kepada negara lain sehingga mengakibatkan 'jurang keimunan' di lingkungan sejagat.

Menteri Kesihatan Syria, Hassan al-Ghobash mewakili pihaknya mengucapkan terima kasih kepada China. Katanya, China pernah menghulurkan banyak barangan serta banyak bantuan kemanusiaan kepada Syria untuk membantu negara itu dalam usaha membendung pandemik . Ini telah memainkan peranan amat besar dalam mencegah dan mengawal pandemik serta meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Syria, dan dilihat menyumbang kepada pembangunan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara. Syria menentang campur tangan dan sekatan daripada negara lain, dan akan terus mencari jalan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri atas bantuan dari negara-negara muhibah termasuk China.