Kawat Tahniah Xi atas Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik China-Kyrgyzstan

2022-01-05 11:38:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Kyrgyzstan, Sadyr Nurgozhoevich Japarov saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, pada tempoh 30 tahun lalu, kedua-dua negara menjunjung tinggi prinsip saling hormat, sama rata, saling untung, mendorong perkembangan hubungan bilateral ke tahap perkongsian rakan strategik komprehensif, dan sudah menjadi teladan bagi pembentukan hubungan antarabangsa baharu.

Xi menegaskan, China mementingkan hubungan dengan Kyrgyzstan, bersedia mengekalkan interaksi erat dengan Presiden Japarov, memanfaatkan momentum ulang tahun ke-30 hubungan bilateral untuk memperkasakan hubungan strategik yang saling mempercayai, memperdalam kerjasama dalam kerangka Inisiatfi Jalur dan Laluan (BRI), dan menaiktaraf hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Japarov pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia bersama dengan China mengintensifkan hubungan kedua-dua negara, di samping memperkukuh dan memperluas kerjasama bilateral.