Nafi 'Janji Budiman', Hilang Kredibiliti

2024-04-29 15:13:45  CRI
Share with:

Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro mendakwa bahawa jabatannya tidak mengetahui dan juga tidak pernah mencapai sebarang perjanjian dalaman berhubung isu Laut China Selatan dengan Beijing sejak Presiden Ferdinand Marcos Jr memegang jawatan pada 2022.


Sebelum ini, Presiden Marcos dan Penasihat Keselamatan Negara Eduardo Ano juga pernah membuat penafian seumpama.


Semasa tempoh pentadbiran RodrigoDuterte, China dan Filipina telah mencapai  'perjanjian budiman'  mengenai Terumbu Ren'ai sebagai usaha menstabilkan situasi di Laut China Selatan. 


Filipina berjanji tidak menghantar bahan binaan kepada kapal perang yang ditempatkan secara haram di sekitar Terumbu Ren'ai.


Bagi China, aturan khas sementara dibuat dari sudut kemanusiaan untuk membolehkan bekalan barang keperluan harian disalur Filipina kepada kapal terbabit.


'Perjanjian budiman' itu bukanlah sesuatu yang sulit dan tiada kaitan dengan pendirian kedaulatan masing-masing. 


Justeru, kedua-dua negara memilih untuk mengetepikan pertikaian, menghapuskan gangguan luar dan menggalakkan pemulihan hubungan dua hala.


Sehingga awal Februari 2023, jabatan dan agensi berkenaan dari kedua-dua negara sentiasa mematuhi perjanjian tersebut.


Pada 2023, duta khas Presiden Filipina dijemput melawat ke China untuk membincangkan pengurusan situasi Terumbu Ren'ai dengan permuafakatan dalaman berjaya dicapai.


Pada awal tahun ini, China berulang kali berunding dengan Filipina melalui saluran diplomatik sehingga mencapai 'model baharu' penghantaran barang keperluan ke Terumbu Ren'ai.


Walau bagaimanapun, selepas pelaksanaan hanya sekali sahaja, permuafakatan dan aturan khas berkenaan langsung ditolak oleh Filipina tanpa sebarang sebab.


Jelaslah bahawa pihak atasan Filipina adalah berpura-pura keliru dalam hal ini.

Situasi serantau dikhuatiri bertambah meruncing susulan cubaan Amerika Syarikat (AS) melintasi garis merah dan menempatkan peluru berpandu balistik jarak sederhana di Filipina. 


Filipina yang bertindak mengikut telunjuk AS umpama membawa serigala masuk ke kandang. 


Bagi negara itu, pilihan yang tepat adalah menghormati sejarah, menepati janji, menghentikan tindakan provokatif dan kembali ke meja rundingan.