AS Dinasihat Pandang Pembangunan China dengan Sikap Betul

2024-04-28 15:59:41  CRI
Share with:

China berbesar hati melihat Amerika Syarikat (AS) yang yakin, terbuka, makmur dan maju. Pada masa sama, AS diharap dapat memandang pembangunan China dengan sikap positif.

Presiden China Xi Jinping berkata demikian ketika menerima kunjungan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di Beijing pada Jumaat. 


Beliau menegaskan bahawa kedua-dua negara ini harus menjadi sahabat, saling melengkapi, mencari persamaan di samping mengetepikan perselisihan pendapat dan menepati komitmen.


Dalam pada itu, pihak AS mengulangi pelbagai komitmen politiknya terhadap China. Washington berharap mengekalkan komunikasi dengan China, melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara di San Fransisco, dan menggalakkan hubungan China-AS berkembang mantap dan sihat. 


Sejak pertemuan pemimpin tertinggi kedua-dua negara di San Fransisco pada November lalu, hubungan antara Beijing dengan Washington pulih baik pada keseluruhannya. Kedua-dua negara mengadakan pelbagai dialog dan kerjasama dalam bidang diplomatik, ekonomi dan perdangan, penguatkuasaan undang-undang, pertanian, ketenteraan dan lain-lain. Lawatan Blinken menyaksikan sambungan lawatan peringkat tinggi kedua-dua negara. 


Sempena lawatan Blinken kali ini, China dan AS telah mencapai lima konsensus, termasuk meneruskan kerjasama tentera kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama dalam bidang antidadah, perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain, di samping meningkatkan pertukaran lawatan rakyat kedua-dua negara. 

Ini memperlihatkan kedua-dua pihak mempunyai keinginan untuk mengekalkan dialog, mengawal perselisihan pendapat, mendorong kerjasama dan mempercepat pelaksanaan konsensus pemimpin sempena pertemuan di San Fransisco.


Mengapa tindakan AS selalu 'cakap tak serupa bikin'? Menurut pandangan Prof. Li Haidong dari Universiti Hal Ehwal Luar China, tindakan AS itu adalah masalah paling utama bagi kerajaan AS untuk mengendalikan hubungan dengan China. Bersempena pilihan raya AS yang akan diadakan tahun ini, pertarungan politik di negara itu semakin sengit dan ia turut menyebabkan sikap AS terhadap China yang bergoyah. 


Jika dipandang lebih mendalam, AS memerlukan kerjasama dengan China, tetapi pada masa sama menyekat China. Ini memperlihatkan sikap segelintir ahli politik AS yang memandang China sebagai "pesaing strategik terbesar" dan salah lihat pembangunan China.


Pada masa ini, hubungan China-AS yang kian mantap dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa. Kedua-dua negara ini harus berusaha untuk menjadikan "wawasan San Fransisco" kenyataan, memajukan hubungan dua hala ke arah lebih mantap dan sihat. 


Bagi AS, membetulkan salah faham terhadap China dan memandang China dengan sikap yang betul adalah langkah pertama semasa menangani hubungan dengan China.