RCEP Kejayaan Besar Buat Multilateralisme, Perdagangan Bebas
China menyifatkan penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau(RCEP) sebagai kejayaan penting dalam multilateralisme dan perdagangan bebas global.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luarnya, Wang Wenbin dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Dengan berkuatkuasanya RCEP di sepuluh negara termasuk China pada 1 Januari, ia sekali gus menandakan pengoperasian secara rasmi kawasan perdagangan bebas yang melibatkan populasi paling besar dengan ekonomi dan perdagangan berskala paling besar serta perkembangannya paling berpotensi di dunia.
"Selepas penguatkuasaan perjanjian tersebut, kadar produk sifar tarif China dengan anggota RCEP termasuk ASEAN, Australia, New Zealand akan meningkat ketara dan berkembang ke arah kewujudan status sifar tarif terhadap lebih 90 peratus produk dari negara anggota.
"Ini merupakan langkah penting bagi meneroka potensi besar bagi perkembangan perdagangan serantau, di samping menggalakkan liberalisasi dan pemudahan dalam perdagangan dan pelaburan global," jelas Wang.
Beliau turut berkata, pemulihan dan kemakmuran ekonomi global hanya dapat diwujudkan melalui amalan multilateralisme, peningkatan tahap keterbukaan, inovasi dan perkongsian.
"Selain sentiasa memegang kepada dasar keterbukaan wilayah, China juga bertekad untuk memelihara mekanisme perdagangan pelbagai hala dan menggalakkan integrasi ekonomi serantau," tegas Wang.