Polarisasi Politik AS Sukar Diatasi

2022-01-05 13:48:32  CRI
Share with:

Polarisasi dan perpisahan sosial Amerika Syarikat (AS) terdedah melalui peristiwa sejumlah besar penyokong Donald Trump menyerbu masuk bangunan Capitol di Washington secara ganas dan bersenjata. Yang juga terbongkar, wajah sebenar “demokrasi gaya AS” .

Sampai sekarang, trauma politik akibat peristiwa tersebut masih belum sembuh. Hasil tinjauan umum terkini dilakukan media AS menunjukkan polarisasi politik di negara itu tetap sukar diatasi.

Menurut tinjauan umum terkini dibuat AP tentang kejadian menyerbu masuk Capitol, hanyalah kira-kira 40% ahli Parti Republikan berpendapat peristiwa ini amat ganas. Namun, pendapat Republikan sangat berbeza dengan pendapat kelompok lain di masyarakat AS. Dua pertiga rakyat AS berpendapat peristiwa tersebut sangat ganas, antaranya kira-kira 90% ahli Parti Demokratik bersetuju dengan pendapat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Khas yang bertanggungjawab menyiasat kes serbuan ke Capitol dalam Senat AS, Thompson menyatakan bahawa hasil tinjauan umum berkenaan “memperlihatkan isu yang sungguh merisaukan.”

Menurut pendapat umum, rusuhan Capitol menjadikan masalah yang terwujud lama dalam sistem politik AS terdedah, seperti polarisasi yang teruk dalam masyarakat AS serta pelbagai kalangan masyarakat tidak saling mempercayai yang kesemuanya mencerminkan kegagalan sistem politik di negara Uncle Sam.