Guterres Alu-alukan Kenyataan Bersama Lima Negara

2022-01-05 11:41:08  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin negara China, Rusia, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis berhubung pencegahan perang nuklear dan perlumbaan senjata.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres telah mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi jurucakapnya kelmarin. Beliau memuji lima negara itu menyedari peri pentingnya menaati perjanjian kawalan senjata nuklear serta perlucutan dan kawalan senjata dalam bentuk dua dan pelbagai hala, di samping menunaikan kewajipan melucutkan senjata nuklear dalam kerangka Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT).