Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Bakal Tunjukkan 'Solidariti' di Beijing

2022-01-05 13:59:03  CRI
Share with:

Sebulan lagi, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022  akan membuka tirainya di Beijing. Namun, dunia sekarang sedang menghadapi banyak cabaran termasuk pandemik COVID-19 yang masih menular, krisis kepercayaan, perselisihan dan konflik antara negara yang sering berlaku, dan polemik politik di persada antarabangsa yang sudah pun menjadikan temasya sukan ini terkesan. Dalam keadaan ini, temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, jika dapat dijayakan dengan menangkis semua gangguan, pasti akan mengerat hubungan persahabatan rakyat pelbagai negara, membangkit keyakinan orang ramai mengatasi kesulitan, dan menjadikan moto Olimpik “lebih bersatu” gilang-gemilang.

Seruan masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan bekerjasama serta menentang cubaan yang mempolitikkan sukan makin lantang baru-baru ini. Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dalam ucapan tahun baharunya menekankan, jelas sekali masyarakat antarabangsa menyokong Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Hanya dengan semua orang menghormati tanggapan bahawa kedudukan Sukan Olimpik mesti diletakkan di atas perselisihan politik, barulah kita dapat menyelesaikan misi untuk menyatupadukan dunia.

Sebagai bandar tuan rumah Sukan Olimpik untuk musim panas dan musim sejuk yang pertama di dunia, Beijing tidak akan mengecewakan dunia. Kerja persiapan temasya sukan ini sudah memasuki fasa terakhir. Sebanyak 12 venue pertandingan sudah siap dibina dan dikenalpasti mampu memenuhi semua syarat operasi pertandingan, manakala venue bukan pertandingan termasuk tiga kampung Olimpik dan pusat media utama sudah beroperasi. Bermula dari 5 Oktober hingga penghujung Disember tahun 2021, 10 kejohanan antarabangsa, tiga Minggu Latihan Antarabangsa dan dua aktiviti ujian domestik telah diadakan di lapan venue pertandingan tersebut.

Lagi sebulan, Beijing akan menyajikan sebuah temasya sukan yang “jimat, selamat dan menakjubkan” kepada dunia, menyemarakkan semangat sukan Olimpik dan menunjukkan solidariti, sekali gus menggalakkan sedunia mengatasi pandemik dan bersama-sama melangkah ke masa depan.