China Giat Perjuangkan 'Dunia Tanpa Senjata Nuklear'

2022-01-06 16:51:21  CRI
Share with:

Menurut kenyataan bersama berhubung senjata nuklear yang dikeluarkan  pada tahun baharu, China, Rusia, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis  menyuarakan bahawa  "perang nuklear tidak dapat dimenangi dan juga tidak boleh  dilancarkan", mengulangi pendirian bersama “tidak menyasarkan mana pun negara  dengan senjata nuklear”, dan menetapkan matlamat muktamad untuk “memperjuangkan  dunia tanpa senjata nuklear dengan prinsip tidak menjejaskan keselamatan  pelbagai negara”.

Kini, risiko keamanan global semakin meningkat  akibat kekurangan kepercayaan strategik antara kuasa besar dan persaingan serta  pertikaian yang menjadi semakin sengit. Dalam konteks ini, kenyataan bersama itu  ternyata kondusif untuk memperkasa hubungan saling mempercayai dan mereda  kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan strategik  global.

China terpaksa membangunkan senjata nuklear  pada masa yang kritikal dalam sejarah untuk menangani ancaman nuklear,  memecahkan monopoli nuklear dan mencegah perang nuklear. Sejak saat memperoleh  senjata nuklear, China hanya mengekalkan kekuatan nuklear sendiri pada paras  minimum demi keselamatan negara, manakala menginisiatifkan bahawa senjata  nuklear patut dilarang dan dimusnahkan, selain komited tidak akan menggunakan  senjata nuklear terlebih dahulu pada bila-bila masa dalam apa pun keadaan, dan  secara tanpa syarat tidak mengancam negara dan rantau tanpa senjata nuklear.  Antara limia negara milik senjata nuklear tersebut, China adalah satu-satunya  yang membuat janjian tersebut.

Bagaimanapun, sebagai kuasa paling hebat di  dunia, AS berdegil mengejar ancaman senjata nuklear milik sendiri pada tahun  lalu, sehingga sudah menjadi risiko utama bagi keselamatan nuklear global.  Washington diharap menunaikan janjinya setelah menandatangani kenyataan bersama.  

China berharap lima negara memanfaatkan  momentum ini, melepaskan dasar yang bersifat mengancam yang berteraskan hak  menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu, dan memeterai dokumen perundangan  antarabangsa, agar mendorong pembangunan dunia yang kekal damai dan aman.