Kemboja Anugerahkan Pingat Jasa kepada Kumpulan Pakar China

2022-01-06 15:30:47  CRI
Share with:

Tentera Diraja Kemboja telah mengadakan majlis untuk menganugerahkan pingat jasa kepada kumpulan pakar ke-12 dari Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang bertugas membantu pembangunan sekolah ketenteraan Kemboja di Phnom Penh semalam.

Panglima Tentera Diraja Kemboja, Vong Piseng dalam majlis itu menyatakan bahawa pihaknya mengucapkan terima kasih kepada tentera China atas sumbangan yang amat besar kepada pembaharuan dan pendidikan bakat tentera Kemboja. Tentera Kemboja melihat China sebagai rakan strategik yang sepanjang masa dan bersedia mendorong tentera kedua-dua negara mencapai kemajuan dalam kerjasama yang kondusif.

Menurut Vong Piseng, sejak tiba di Kemboja pada bulan Oktober tahun 2020,  kumpulan pakar China ke-12 telah menjalankan banyak kerja dan memberi sumbangan dalam bidang pembangunan Institusi Tentera Darat Kemboja yang merangkumi pengemaskinian disiplin, penyusunan kurikulum, pendidikan bakat dan pembinaan infrastruktur.