Ulang Tahun Rusuhan The Hill di Amerika

2022-01-07 16:31:55  CRI
Share with:

Rusuhan di The Hill pada 6 Januari tahun lalu, adalah satu tragedi yang tak mampu dipadam dalam sejarah Amerika.

 

Pada setahun yang lalu, penyokong Donald Trump menyerang dan ‘menakluki’ The Hill, sekali gus mengakibatkan prosedur pengesahan keputusan pilihan raya terganggu.

 

Setakat ini, telah terdapat lebih 700 orang tertangkap dengan dakwaan terlibat dalam rusuhan tersebut.

 

Beberapa “penunjuk perasaan” terkenal di media sosial, seperti “Shaman” yang memakai tanduk, Anthony Chansley akhirnya dihukum penjara selama 41 bulan dan 3 tahun pemantauan di luar penjara.

 

Seorang lagi lelaki yang tersohor kerana mengambil gambar dengan duduk di kerusi Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi, iaitu Richard Barnett pula didakwa “mencuri harta kerajaan persekutuan” kerana telah mengambil satu sampul surat yang tertulis nama Nacy Pelosi dengan meninggalkan 25 sen di atas mejanya.

 

Secara kebetulan, satu lagi rusuhan yang sama (ataupun lebih teruk), tiba-tiba berlaku di Kazakhstan beberapa hari lalu dengan alasan “protes kenaikan harga petrol”.

 

Lapangan terbang “ditakluki”, kediaman Presiden, Dewan Bandaraya Almaty dan beberapa bangunan kerajaan turut dibakar, “penunjuk perasaan” merampas senjata, bertempur dengan polis dan tentera.

 

Yang menarik, Jurucakap White House kelmarin entah dari mana timbulnya tiba-tiba menyatakan Amerika tiada kaitan dengan rusuhan yang berlaku di Kazakhstan, dan menyeru kedua-dua pihak “penunjuk perasaan” dan kerajaan Kazakhstan mengawal ketenangan.

 

Tapi yang lebih menarik adalah sebelum rusuhan berlaku, Amerika telah menghantar amaran kepada warganegaranya di Kazakhstan seawal 16 Disember mengenai tunjuk perasaan menyasarkan kerajaan Kazakhstan, termasuk bekas Presiden Nazarbayev dan Preside Tokayev.

 

Bahkan, lokasi perkumpulan para petunjuk perasaan di beberapa bandar pula disediakan dengan jelas!

 

Bagi Satria, penafian dari White House kurang meyakinkan.

 

Sebabnya mereka cukup terkenal dengan model helah tersebut, termasuklah beberapa ‘model’ lain lagi seperti “tunggang” nama rakyat, mengangkat pemprotes yang melarikan diri ke Barat, menghasut supaya berlakunya rusuhan melalui media sosial… ini semua memang sinonim bukan dengan agenda dan taktik mereka?

 

Siapa yang mendalangi “Revolusi Berwarna” dan “Arab Spring”?

 

Mengapa setelah kerajaan Kazakhstan telah menurunkan harga petrol, tapi rusuhan berterusan bahkan mengeluarkan permintaan baharu termasuk mengkritik Rusia mencerobohi Ukraine?

 

Orang China pula tidak asing terhadap model ini yang selalu dicuba di tanah kami dalam puluhan tahun ini. Contoh yang terkini adalah di Hong Kong.

 

Ketika para “penunjuk perasaan” menyerangi jabatan polis dan Dewan Perundangan di Hong Kong, Nancy Pelosi memuji itu “pemandangan yang indah”. Tetapi, bila ada orang mengambil satu sampul suratnya, langsung ditangkap…

 

The Hill tidaklah rosak teruk, tapi lebih 700 orang terlibat ditangkap. Lapangan terbang diduduki, kediaman Presiden dan Dewan Bandaraya Almaty mengalami kebakaran, tetapi White House hanya menyeru kerajaan Kazakhstan mengawal ketenangan.

 

Baru setahun rusuhan di The Hill tercatat dalam sejarah, tapi nampaknya tokoh politik di White House macam dah terkena Alzheimer agaknya.