Deklarasi Nanning, Perkasa Kerjasama Perdagangan RCEP
Forum Pemimpin Perniagaan RCEP mengumumkan "Deklarasi Nanning" yang bertujuan untuk memperkasa kerjasama industri dan perdagangan dalam kalangan negara anggota di Nanning, Wilayah Guangxi China pada Khamis.
Difahamkan, antara lain isi kandungan yang terdapat dalam deklarasi tersebut adalah Majlis Perdagangan Asia Timur dan Majlis Penasihat Perdagangan RCEP akan diberikan kebebasan selaku pemimpin, selain secara aktif membina platform perkhidmatan awam bagi pelaksanaan RCEP.
Menurut Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Gao Yan, RCEP merupakan hasil paling penting daripada pembangunan integrasi ekonomi Asia Timur dalam tempoh 20 tahun.
Justeru katanya, penguatkuasaan RCEP akan merancakkan aktiviti pelaburan dan perdagangan, memperkukuh dan mendorong penggabungan rantaian industri, rantaian pembekal serta rantaian nilai serantau.
Untuk rekod, selepas penguatkuasaan RCEP, lebih 90 peratus perdagangan dalam kalangan negara anggota dikenakan tarif sifar.
Ia sekali gus saling melengkapi perjanjian perdagangan bebas dua hala serantau, meningkatkan lagi tahap kebebasan serantau, mengurangkan kos perdagangan dan menggalakkan lagi perdagangan dalam rantau ini.
Berdasarkan “Laporan Penilaian Pengaruh RCEP terhadap Ekonomi Serantau”, menjelang tahun 2035, RCEP diunjur akan menyumbang kepada peningkatan KDNK serantau, jumlah import dan eksport masing-masing sebanyak 0.86 peratus, 18.3 peratus dan 9.63 peratus.
Selain itu, bonus peningkatan ekonomi serantau dijangka akan mencatat USD250.3 biliion (RM 1.05 trilion).
Manakala, KDNK dunia dan perdagangan import-eksport rentas sempadan pula akan meningkat 0.12 perataus dan 2.91 peratus dengan peningkatan bonus ekonomi USD169.6 bilion (RM 714.18 bilion).